Jakarta Fashion Week 2013 memainkan peranan utama tatkala ia menjadi sumber asas kepada arus fesyen di Indonesia. Selain itu, ia merupakan pentas yang menjadi platform untuk memperagakan bakat dan kreativiti pereka Indonesia. Salah seorang daripada pereka yang mendapat tumpuan ialah Dian Pelangi. Busana hasil rekaan Dian Pelangi selalu mengetengahkan gaya yang ceria serta rona pelangi. Dengan minatnya yang mendalam terhadap seni warisan Indonesia, Dian Pelangi banyak menggunakan kain songket, batik dan juga tie & dye dalam rekaannya.

Berdasarkan info dari media juga, Dian Pelangi merupakan pereka yang paling banyak mendapat jambangan bunga sepanjang JFW 2013. Koleksi rekaan Dian Pelangi di Jakarta Fashion Week kali ini diilhamkan dari Afrika yang diberi nama Safari Troops. Pencapaian beliau yang menakjubkan sebagai seorang pereka fesyen Muslimah dan karakter yang menarik menjadikan Dian Pelangi ikon sebenar dalam Industri Fesyen Muslimah.hb