Terkini pereka fesyen terkemuka negara telah mengorak langkah beliau lagi dengan membuka satu lagi rantaian jenama rekaannya dengan koleksi ‘Ready-to-Wear’ yang semakin digilai ramai ini. Berkonsepkan “Luxury of Jovian Mandagie”, J STORE masih mengekalkan keselesaan yang sama seperti butik ‘couture’ Jovian Mandagie namun diberi sentuhan dekorasi yang lebih santai dan ceria buat pelanggannya.

 

Turut dilancarkan pada acara pembukaan butik J STORE ini adalah koleksi rekaan hasil kolaborasi antara Jovian dan juga pelakon wanita terkenal di Malaysia , Lisa Surihani. Koleksi ‘LISA SURIHANI for JOVIAN’ ini adalah antara koleksi lebaran terbaharu daripada Jovian Mandagie yang dihasilkan mengikut personaliti dan injeksi idea daripada Lisa sendiri.

 

Kunjungi butik J Store hari ini untuk menikmati pelbagai rekaan sedia pakai daripada Jovian Mandagie dengan harga yang berpatutan di No.112 Jalan Maarof Bangsar, Kuala Lumpur. hb