Foto: Helmi Baharudin 

 

SheikaHub, merupakan sebuah portal atau hab yang diwujudkan oleh Datin Norzihan Ahmad yang bertujuan untuk membimbing arah usahawan fesyen di alam maya dirasmikan di kompleks beli-belah Publika, Kuala Lumpur.

 

Ilham teraspirasi dari mana pengasas sendiri gemar beli-belah di alam maya. Hab perniagaan ini adalah merangkap direktori perniagaan dalam talian secara percuma kepada toko perniagaan yang ingin meluaskan empayar dari tipikal ke alam maya. Bertindak umpama sebuah penyatuan perangkaian atau networking di kalangan peniaga hijabi selain ia membuka peluang untuk perniagaan berteraskan Islamik untuk menerokai habuan di dalam talian pula.

 

Selain jualan bazar, krew HIJABISTA serta HIJABISTA TV turut mengadakan hijab demo selama satu jam di atas pentas, yang diacarakan oleh Syakirin Husnal serta Yasmeen Matthews.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah serta turut dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan yang terdiri di kalangan pengusaha busana muslimah serta pihak media. hb