Debaran yang dirasakan hampir berbulan lamanya hampir reda. Fenomena bakal tercipta apabila kemuncak program World#QuranHour akan berlangsung esok di tiga tempat berbeza.

Penganjuran World #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan  kerjasama UIAM ini nanti bakal menyaksikan kira-kira 5,000 peserta berkumpul di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk pembacaan seluruh kitab al-Quran secara berjemaah dan bertadabur.

Manakala sebelah petang pula ada program Gema Wahyu di mana pengisian kerohanian diperdengarkan kepada tetamu yang hadir ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Kehadiran selebriti seperti Ameng Spring, Shamsul Ghau Ghau dijangka akan menyemarakkan lagi majlis ilmu secara santai yang bermula jam 5 petang.

Pada sebelah malamnya, program Merdeka #QuranHour pula akan diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Aktiviti World #QuranHour turut dianjurkan di pelbagai tempat lain di seluruh  dunia bersempena wukuf di Arafah.

Kali ini agak istimewa kerana acara kemuncak bersempena dengan Hari kemerdekaan Negara ke 60. Dan ia dilakukan di Dataran Merdeka.

Tetamu boleh menyertai majlis ini secara percuma yang julung-julung kali diadakan di tempat terbuka seperti ini.

Bukan itu sahaja, selain membaca Surah Yasin beramai-ramai, tetamu juga boleh menyaksikan tayangan di skrin layar Led Gergasi yang akan dipasang bermula jam 2 petang sehingga habis majlis penganjuran.

Ia akan memaparkan segala content, promo dan aktiviti penganjuran World#QuranHour sebelum ini. Dengan  kecanggihan teknologi seperti ini pastinya tetamu akan terpaku dan teruja untuk menyaksikan acara gilang-gemilang ini.

Led Gergasi sepanjang 200 meter ini adalah pertama kali dipasang di Malaysia yang akan mengelilingi Dataran Merdeka yang dibentuk seperti Stadium Merdeka.

Menurut penganjur, untuk Merdeka World#QuranHour ini memang rekaan Stadium Merdeka di bawa ke Dataran Merdeka.

Tetamu juga akan merasai momen seolah-olah berada dalam Stadium Merdeka sambil memperdengarkan bacaan Yasin beramai-ramai.

Led  Gergasi ini juga tidak berakhir di situ, sebaliknya akan pemasangannya bersambung hingga di depan Pusat Beli-belah Sogo.

Admin tertarik untuk menyenaraikan 10 sebab kenapa Dataran Merdeka jadi destinasi wajib untuk anda singgahi esok.

Jika selama ini ia hanya dijadikan tempat untuk acara hiburan, tetapi malam esok akan diperdengarkan bacaan Surah Yasin secara beramai-ramai di sini.

Wow, memang menakjubkan. Nak tahu kenapa ini sebabmya.

1. Keluasan Dataran Merdeka iaitu 15,000 meter persegi memang sangat strategik untuk dijadikan tempat santai bersama keluarga.

2. Pemandangan indah sambil menatap langit secara terbuka dan bangunan bersejarah di sekeliling. Misalnya Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina pada tahun 1909.

3. Kemudahan pengangkutan awam strategik. Hanya berjalan kaki dari stesen berdekatan iaitu Masjid Jamek untuk sampai ke sini.

4. Kemudahan tempat makan juga tidak kurang dekatnya di sekeliling kerana banyak restoran menjual makanan berdekatan. Juga setiap Sabtu ada pasar malam di Jalan TAR yang cukup happening.

5. Tiang bendera setinggi 95 meter, antara yang tertinggi di dunia, menandakan tapak itu dengan kepingan bulat marmar hitam. Ia terletak di bahagian selatan dataran.

6. Dataran Merdeka juga menjadi tempat perarakan  sambutan kemerdekaan setiap tahun sejak 1957 lagi.

7. Jadi tempat berbuka puasa beramai-ramai setiap kali Ramadan. Suasana memang meriah dan acara begini memang dapat merapatkan silaturahim.

8. Menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Memang tak sah lawatan ke Kuala Lumpur tanpa abadikan kenangan di Dataran Merdeka yang penuh bersejarah ini.

9. Mungkin juga dijadikan tempat temu jodoh dengan pasangan yang serasi. Siapa tahu urusan Tuhan.

10. SEMPENA MERDEKA#WORLDQURANHOUR, PERTAMA KALI DI MALAYSIA AKAN DI PASANG LED GERGASI SEPANJANG 200 METER SAMBIL MEMAPARKAN CONTENT & PROMO WORLD#QURANHOUR.