Rezeki setiap individu berbeza. Orang kata kalau nak lebih murah rezeki, kita perlu sentiasa memberi pada orang lain. Memberi pada mereka yang memerlukan ini ada banyak kelebihannya.

Setiap wang yang kita miliki bukanlah sepenuhnya milik kita. Bila kita faham konsep ini, hati akan menjadi lebih redha untuk memberi. Sekiranya anda mahu rezeki bertambah, cuba lakukan 8 perkara ini. Nampak ringkas tapi ia sebenarnya mampu memberi impak yang besar.

1.    Sediakan makanan kucing

Tak susah pun kan? Cuma sedikan satu bekas makanan dan semangkuk air di luar rumah anda. Ia khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah anda. Itu rezeki untuk dia.

 

2.    Asingkan gaji

Setiap kali anda mendapat gaji, asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu bersusah payah mencari orang jauh. Beri sahaja pada adik-adik atau anak buah yang masih belajar. Tetapi ingat, beri ikut kemampuan anda.

 

3.    Duit kecil

Sentiasa sediakan duit kecil di dalam poket untuk disedekahkan.

 

4.    Majlis keramaian

Sekiranya anda mngunjungi majlis keramaian, anda boleh memberi sedekah air mineral kepada tetamu selain daripada memberi wang pada tuan rumah. Paling baik dilakukan ketika berlakunya kematian kerana kadangkala tuan rumah tidak menyediakan makanan dan minuman.

 

5.    Amalkan sikap ‘keep the change’

Okay ini bukan berlagak atau niat menunjuk-nunjuk ya. Setiap kali anda membeli makanan dari peniaga kecil, tidak perlu ambil bakinya. Niat sahaja untuk bersedekah. Buat orang lain gembira pun ada pahalanya.

 

6.    Kotak kecil

Letakkan sebuah kotak kecil di dalam bilik tidur. Setiap kali anda melakukan dosa atau melakukan perkara yang tidak baik, masukkan wang kecil di dalamnya. Genap satu bulan, sedekahkan wang ini ke mana sahaja yang anda mahukan.

 

7.    Beli Al-Quran

Jika anda mempunyai wang lebih, belilah Al-Quran atau sejadah untuk disedekahkan kepada mana-mana masjid atau surau. Sekiranya ada yang membaca dan menggunakannya, anda turut mendapat tempiasnya.

 

8.    Amalkan membaca Al-Fatihah

Sebaiknya, amalkan membaca surah Al-Fatihah setiap pagi dan sedekahkan pada kedua-dua ibu bapa anda tidak kira masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

SUMBER: nasihatustazz.blogspot.my