Astagfirullahaladzim, ungkapan yang amat mudah tetapi sukar untuk diamalkannya. Sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa, sepatutnya kita sentiasa beristighfar memohon ampun untuk segala kesalahan yang kita lakukan.

Terdapat satu perkongsian di Facebook oleh Nana Macarona tentang kehebatan istighfar melalui satu buku yang dibacanya. Ikuti perkongsiannya.

Nana nak kongsi lagi satu kisah, mengenai powernya kuasa ISTIGHFAR yang sangat-sangat menjentik hati nana..

Rasa sangat kerdil.. Rasa macam Ya Allah keciknya kita sebagai hamba Allah kalau hendak dibandingkan dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah  😥

Kisah ni nana dapat daripada pembacaan nana melalui buku latest yang nana baca baru-baru ni, which I really really love to read, wallahi..

Kisahnya mengenai Imam Ahmad bin Hambal, iaitu imam besar yang juga merupakan salah seorang kepada pengasas 4 mazhab terbesar Islam..

Pada suatu hari, Imam Ahmad telah sampai ke suatu kota yang beliau belum pernah sampai sebelum ni..

Waktu Imam Ahmad sampai tu, cuaca dah malam so Imam Ahmad plan nak tumpang bermalam di masjid.. Nak beriktikaf sampai subuh..

Tetapi, penjaga Masjid tu tak benarkan.. Dia halau Imam Ahmad supaya jangan tidur dalam Masjid..

Waktu zaman dulu-dulu, orang pada zaman tu memang tak kenal ulamak-ulamak macam sekarang.. Dulu mana lah ada facebook youtube segala kan  😆

Mereka hanya kenal ilmu dan nama ulamak sahaja tanpa mengenali rupa parasnya..

Peristiwa Imam Ahmad dihalau oleh penjaga masjid tu dilihat oleh seorang pembuat roti..

Pembuat roti tu rasa kasihan pada Imam Ahmad lalu dia panggil Imam Ahmad untuk bermalam dekat rumah dia..

Dan malam tu, mereka berborak dan bersembang tanpa Imam Ahmad mengenalkan siapakah dirinya yang sebenar.. Boleh jadi Imam Ahmad tak kenalkan diri sebab tidak ditanya kan..

Then sampai masa, Imam Ahmad pun nak masuk tidur dah..

Sementara Imam Ahmad nak tidur tu, si tukang pembuat roti ni pun dok siapkan kerja, siapkan adunan roti untuk dijual pada esok hari..

Dan sepanjang masa dia buat kerja tu, Imam Ahmad dengar dia sentiasa BERISTIGHFAR..

Keesokan harinya, Imam Ahmad sengaja tanya kepada si pembuat roti tu..

"Aku dengar semalam kamu sentiasa beristighfar sepanjang masa.. Boleh kah kamu kongsikan antara kebaikan yang sudah kamu peroleh hasil daripada amalan itu?"

Dan si pembuat roti pun berkata..

"Selama mana aku melazimi Istighfar ini, tidak pernah sekali pun hajat yang saya mohon kepada Allah tidak Allah tunaikan.. Setiap doa saya Allah makbulkan.. Cuma, hanya satu sahaja doa saya yang belum Allah makbulkan"

Imam Ahmad lantas bertanya, "Apakah doa yang belum dimakbulkan itu?"

Lalu si tukang roti berkata..

"IAITU, DOA AGAR DAPAT BERTEMU DENGAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL"

Maka berkatalah Imam Ahmad, "Wahai tuan, saya lah Ahmad bin Hambal. Demi Allah, Allah lah yang mengaturkan saya sehingga dapat bertemu dengan tuan"

ALLAHUAKBAR..

Waktu baca sampai part last ni, tak mampu nak tahan air mata dah..

Tak mampu nak berkata apa-apa..

SPEECHLESS.

10 Kelebihan Istighfar

1. Dicintai Allah

2. Dosa-dosa diampuni

3. Selamat daripada azab api neraka

4. Mendapat balasan syurga

5. Mengecewakan syaitan dan membuat syaitan berputus asa

6. Melancarkan rezeki

7. Membersihkan hati

8. Terhindar dari menjadi orang yang zalim

9. Bertambah kesejahteraannya

10. Melapangkan kesempitan

SUMBER: FB Nana Macarona & kintansalleh