Cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit. Antaranya adalah demam, selesema serta batuk yang berpanjangan.

Tentunya penat kan kalau asyik batuk sahaja. Bermacam-macam-macam ubat dan petua sudah dilakukan tetapi masih tidak berjaya.

Apa kata anda cuba pula petua yang dikongsi oleh Kasih Shafizah dalam sebuah page di Facebook, Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Menurutnya, petua ini diperoleh daripada pakar-pakar ubat China dan Taiwan tentang jus oren yang dikukus.

Ini perkongsiannya.

Ni dia saya nak share petua ni dari pakar pakar ubat China dan Taiwan. Jus ni untuk mengurangkan batuk yang berlarutan ( persistence cough ) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak kanak dan dewasa.

Cara memasak :

Potong bahagian atas dan bawah. Seperti gambar di atas. Tambah secubit garam di bahagian atas dan sapu rata. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopsticks sebelum tambah garam supaya garam dapat meresap dengan cepat ke dalam oren tersebut. Kukus selama 2 jam (masa nak kurangkan pun boleh tapi jus oren tak banyak ). Minum jus tersebut. Rasa ia sedikit masin dan pahit yaa.. Buat dan minum sampai batuk berhenti.

Effective atau tidak terpulang kepada individual. Sharing is Caring..

Semoga bermanfaat untuk anda.

SUMBER: FB Kasih Shafizah