Satu fenomena bakal tercetus di seluruh dunia apabila bakal berlangsung program World #Quran Hour ini nanti secara serentak sempena hari wukuf di Arafah pada masa sama.

Penganjuran World #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan  kerjasama UIAM pada 31 Ogos nanti bakal menyaksikan kira-kira 5,000 peserta berkumpul di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk pembacaan seluruh kitab al-Quran secara berjemaah dan bertadabur.

Pada sebelah malamnya, program Merdeka #QuranHour akan diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Aktiviti World #QuranHour turut dianjurkan di pelbagai tempat lain di seluruh  dunia bersempena wukuf di Arafah.

Dalam memastikan sambutan ini  berjalan lancar, HIJABISTA turut menyahut saranan bagi melengkapi acara ini dengan kempen bacaan Surah Yasin yang juga akan diperdengarkan dalam majlis itu nanti.

Kali ini dibacakan oleh gadis hijabi yang dilabel New Ummah dalam membacakan beberapa potongan dari surah ini yang terpilih.

Seperti yang kita tahu Surah Yaasin mengandungi banyak fadilatnya.  Salah satu adalah daripada potongan ayat ke 36 yang di baca oleh Nur'Ain Mahmedkhan dengan bacaan tersendiri.

Maksud ayat ini:

Katakanlah: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan; sama ada daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya".

Ayat ini jika adalah Doa Pengasih yang diamalkan dan digunakan secara istiqamah bagi mereka yang belum bertemu jodoh dengan niat baik. Insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa akan dipertemukan dengan insan yang baik.

Wallahualam

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh model Nur'Ain Mahmedkhan, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.