Lima hari sahaja lagi program yang bakal menjadi fenomena ini bakal berlangsung. Penganjuran program World #Quran Hour adalah peluang untuk mengembalikan budaya orang Melayu yang pada suatu ketika dahulu amat rapat dengan kitab Al-Quran.

Penganjuran World #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan  kerjasama UIAM pada 31 Ogos nanti bakal menyaksikan kira-kira 5,000 peserta berkumpul di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk pembacaan seluruh kitab al-Quran secara berjemaah dan bertadabur.

Pada sebelah malamnya, program Merdeka #QuranHour akan diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Aktiviti World #QuranHour turut dianjurkan di pelbagai tempat lain di seluruh  dunia bersempena wukuf di Arafah.

Dalam memastikan sambutan ini  berjalan lancar, HIJABISTA turut menyahut saranan bagi melengkapi acara ini dengan kempen bacaan Surah Yasin yang juga akan diperdengarkan dalam majlis itu nanti.

Kali ini dibacakan oleh gadis hijabi yang dilabel New Ummah dalam membacakan beberapa potongan dari surah ini yang terpilih.

Seperti yang kita tahu Surah Yaasin mengandungi banyak fadilatnya.  Salah satu adalah daripada potongan ayat ke 58 yang di baca oleh Nurhamizah Abu Bakar dengan bacaan tersendiri.

Maksud ayat ini:

Katakanlah: “Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Penyayang”

Ayat ini jika diulang baca sebanyak 7 kali dengan niat yang baik, Insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa segala hajat akan dimakbulkan.

Wallahualam

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh model Norhamizah Abdul Razak, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.

KELEBIHAN SURAH YASIN: