Untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, seseorang wanita itu kena pandai jaga kecantikan dalaman dan juga luaran.

Tidak guna jika bentuk fizikal sahaja yang mantap, tetapi kecantikan dalaman terbiar begitu sahaja.

Perkongsian dari taukey jamu ini Mira Baharin di medium sosial yang bukan sahaja menggalakkan wanita itu menjaga kesihatan luaran tetapi juga dalaman.

Caranya tidak susah hanya diamalkan sebaik kita bangun tidur sebelum memulakan urusan lain.jom semak apa amalannya kerana tuan empunya diri juga kelihatan begitu cantik luar dan dalam.

Elok juga jika diamalkan untuk gadis hijabi yang belum berkahwin agar sentiasa mengambil berat soal kecantikan dalaman seriring dengan penampilan diri.

#PETUA_MENJADI_WANITA_CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur. Sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika. Dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka. Tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x. Hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah. Bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi. Ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam. Insya-Allah ia membuatkan wajah awet muda daripada usia sebenar.

5. Selepas solat Isya'. Amalkan baca

Al-Fatihah 1 x. Ayatul Qursi 1 x. Dan surah

Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x. Ditiupkan pada segelas air dan niatkan.

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air. Sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan. Dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi. Sentiasa sedekah senyuman dan perbanyakkan solat Tahajud.

Amalkan hari-hari.

Insyallah kelihatan #Cantik.

Cantik bagaimana?