Ada di antara kita yang membaca Al-Quran semata-mata untuk mendapat pahala dan tidak sedar akan kelebihan Al-Quran.

Seseorang yang membaca Al-Quran akan memperoleh apa sahaja yang diniatkan di dalam hati. Bergantung kepada niat kepada perkara yang baik dan ikhlas

Sabda Rasulullah S.A.W

Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.

Berikut antara niat-niat yang boleh anda tanamkan di dalam hati sewaktu membaca Al-Quran.

1.    Tujuan untuk belajar dan beramal.

2.    Memohon hidayah dari Allah Taala.

3.    Bermunajat kepada Allah.

4.    Menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5.    Meminta kepada Allah untuk mengeluarkan daripada kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6.    Niat membaca Al-Quran kerana ia merupakan ubat bagi hati yang keras serta menenangkan hati.

7.    Agar tidak tergolong dalam golongan orang yang lalai.

8.    Untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

9.    Mentaati perintah Allah yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tertib.

10.    Bertujuan untuk mendapat pahala dan kebaikan ke atas setiap satu huruf yang dibaca.

11.    Berniat untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari Kiamat kelak.

12.    Mengikut wasiat Nabi Muhammad s.a.w.

13.    Semoga Allah menganggat darjat anda dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

14.    Untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala melalui kalamNya.

15.    Diselamatkan daripada azab api neraka dan azab Allah.

16.    Tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

17.    Agar aroma (bau mulut) anda menjadi harum (dengan lantunan Quran)

18.    Agar tidak tersesat di dunia dan ditimpa celaka di akhirat.

19.    Terhindar daripada kesedihan, kerisauan dan kegusaran.

20.    Al-Quran menjadi teman di dalam kubur dan cahaya bagi melintasi titian Sirat dan petunjuk ketika di dunia dan pemandu untuk ke syurga.

21.    Niat Mujahadah melawan nafsu.

22.    Niat agar Allah memisahkan diri dengan Al-Kafirin.

23.    Niat agar tidak tersesat di dunia.

24.    Niat agar Allah mengurniakan sakinah.

25.    Niat agar dimasukkan dalam golongan ahli yang mahir membaca Al-Quran.

SUMBER: tazkirah.net