Walaupun Jumaat ini kita akan menyambut raya haji dan kemeriahan persiapan tidak seperti Syawal, namun tak salah untuk kita bergaya di pagi raya.

Jika tak sempat nak beli baju baru dan bajet pun  menipis di hujung bulan, apa kata kita DIY baju lama yang boleh tampil cantik dan menarik.

Cuba selongkar almari dan buat sendiri dengan sentuhan elemen kembang 3D ini yang pastinya membuatkan baju lama nampak baru. Tak percaya, jom cuba!

Bahan-Bahan:

Gunting

Kain perca

Benang

Jarum

Blaus lama

Langkah-Langkah:

1. Tandakan bulat dan potong perca kain bulat mengikut saiz yang bersesuaian.

2. Kemudian, satukan dan lipat dua helai kain perca yang telah siap dipotong.

3. Setelah itu, jahit bucu kain yang siap dilipat untuk mengekalkan lipatan bunga.

4. Lantas, jahit bunga 3D yang siap pada permukaan hujung tangan blaus.

5. Ulang langkah yang sama pada setiap sisi bunga untuk tampak lebih cantik.