Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu fenomena bakal tercetus di selurh dunia. Setelah menanti berbulan-bulan, kini kita hanya menanti detik penuh bersejarah ini iaitu program World #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Esok bakal menyaksikan kira-kira 5,000 peserta berkumpul di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk pembacaan seluruh kitab al-Quran secara berjemaah dan bertadabur.

Pada sebelah malamnya, program Merdeka #QuranHour akan diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Lebih istimewa kerana tetamu yang hadir akan dapat menyaksikan LED Gergasi sepanjang 200 meter yang akan di pasang mengelililingi lokasi di Dataran Merdeka.

Sementara itu aktiviti World #QuranHour turut dianjurkan di pelbagai tempat lain di seluruh  dunia bersempena wukuf di Arafah.

Dalam memastikan sambutan ini  berjalan lancar, HIJABISTA turut menyahut saranan bagi melengkapi acara ini dengan kempen bacaan Surah Yasin yang juga akan diperdengarkan dalam majlis itu nanti.

Kali ini dibacakan oleh gadis hijabi yang dilabel New Ummah dalam membacakan beberapa potongan dari surah ini yang terpilih.

Seperti yang kita tahu Surah Yaasin mengandungi banyak fadilatnya.  Salah satu adalah daripada potongan ayat ke 9 yang di baca oleh Siti Nurzainiza dengan bacaan tersendiri.

Maksud ayat ini:

Katakanlah: “Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka, lalu Kami tutup pandangan mereka. Maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)”.

Ayat ini dibaca ketika seseorang itu berada dalam situasi mendesak dan menuntut kita untuk menyelamatkan diri. Juga untuk mengelak diri daripada sebarang kejahatan ketika keluar rumah.

Walau bagaimanapun perlu dibaca dengan niat baik kerana segala-galanya juga adalah dengan izin Yang Maha Esa.

Wallahualam

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh Siti Nurzainiza, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.