Debaran makin terasa dalam menghitung hari sempena kemuncak program World#QuranHour yang akan berlangsung Khamis depan di Dataran Merdeka.

Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana bersempena dengan program Kemerdekaan yang akan diadakan sekali gus dengan World#QuranHour.

Dalam memastikan sambutan ini  berjalan lancar, HIJABISTA turut menyahut saranan bagi melengkapi acara ini dengan kempen bacaan Surah Yasin yang juga akan diperdengarkan dalam majlis itu nanti.

Kali ini dibacakan oleh gadis hijabi yang dilabel New Ummah dalam membacakan potongan ayat terpilih dari surah ini.

Seperti yang kita tahu Surah Yasin mengandungi banyak fadilatnya.  Salah satu adalah daripada potongan ayat ke 79 yang di baca oleh Nurfarhana Mohd Faizal dengan bacaan tersendiri. Ayat ini boleh dibaca daripada potongan ayat 78.

Maksud ayat ini:

Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pertama kali. Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya)

Ayat ini adalah untuk menyembuhkan sakit tulang belakang dan juga urat saraf. Elok diamalkan setiap kali selepas solat.

Wallahualam

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh model Nurfarhana, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.