Siapa tak mengenali Nabil Ahmad. Populariti pengacara, penyampai radio dan pelakon kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini memang cukup dikenali ramai.

Sikapnya yang merendah diri dan mudah mesra menyebabkan ramai peminat yang menyukai beliau. Walaupun telah popular sebaris pelawak terkenal lain, namun Nabil tetap bersikap seperti sebelum dia popular.

Dari golongan tua hingga ke anak-anak kecil begitu mengenali Nabil yang cukup petah berbicara dan juga berlawak secara santai. Semua orang tahu sebelum popular seperti hari ini, Nabil bekerja sebagai budak penghantar surat.

Waktu itu gajinya hanya sekitar RM600 sebulan. Dengan duit itulah di membayar duit motor dan tidak pernah lupa memberi emaknya RM100, walaupun ketika hujung bulan Nabil akan mintak kembali RM50.

Namun rezekinya selama itu telah bertukar apabila daripada gaji sebanyak itu menjadi RM50 ribu sebulan selepas itu. Ini adalah disebabkan ketika itu Nabil telah menyertai program realiti Raja Lawak dan rezeki menang tempat pertama untuk Musim Kedua.

Padahal menurut Nabil sebelum itu dia memang tidak poernah memegang mikrofon tetapi ketika audition, Nabil ada keberanian untuk berdiri memegang Mic dan seterusnya terpilih untuk rancangan realiti berkenaan.

Rezekinya memang telah ditakdirkan oleh Allah dan sebaik menang tempat pertama, beliau lantas dikenali dengan nama Nabil Raja Lawak. Keistimewaan Nabil adalah kerana dia mampu membuat lawak secara Stand Upper.

Dalam satu pengalamannya bercerita, Nabil memberitahu salah satu sebab rezeki murah adalah (ketika bekerja sebagai penghantar surat) dia tidak pernah melupakan ibu bapanya dan juga tidak pernah berhenti bersedekah.

Nabil teringat satu kisah di mana ketika itu dia telah berhenti untuk solat Asar di sebuah masjid di Taman Tun, Ketika itu dalam poketnya hanya ada RM2.

Memang menurutnya, duit itu memang cukup-cukup untuk mengisi minyak motor untuknya pulang ke rumah. Tetapi ketika di masjid itu ada seorang pakcik telah menahannya dan meminta sedekah.

Biarpun dalam poketnya hanya ada RM2, tetapi Nabil sangggup menghulurkan RM1 untuk pakcik berkenaan. Dia hanya ada RM1 untuk mengisi minyak dan bertawakal agar boleh selamat sampai di rumah. Menurutnya memang dia sampai di rumah tetapi motornya terpaksa ditolak.

Tersentuh hati admin memdengar cerita Nabil. Begitu mulia hatinya untuk bersedekah walaupun tahu dia juga tidak mempunyai wang yang cukup. Itu ceritanya sebelum Nabil popular seperti hari ini.

Walaupun kini namanya berada di puncak populariti, tetapi admin rasa sikap Haji Nabil ini tetap seperti dulu. Sepanjang bergelar artis juga Nabil tidak pernah tinggal untuk berdoa dan bersedekah.

Bercerita soal doa, Nabil memberitahu betapa mustajabnya doa ketika hari Arafah.

Ini pengalamannya ketika mengerjakan haji dua tahun lalu. Penyanyi Hazama telah meminta Nabil untuk mendoakan kesejahteraan emaknya yang ketika itu dalam keadaan kritikal dan mahu menjalani pembedahan jantung.

Sebagai seorang sahabat yang baik, Nabil yang ketika itu berada di Arafah segera memanjatkan doa untuk kesejahteraan ibu Hazama yang ketika itu kritikal.

Alhamdulillah, dua hari kemudian Hazama memberitahu pembedahan ibunya itu berjaya dan betapa mustajabnya doa seseorang itu ketika berada di Arafah. Ini kerana waktu itu adalah paling sesuai untuk berdoa kerana Allah berada dekat dengan kita waktu itu.

Subhanallah betapa besar kelebihan kita berbuat baik dengan ibu bapa dan mengamalkan sikap berdoa. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan membalasnya dengan cara paling baik. Insya-Allah

Dengar Sendiri Video Penuh Pengalaman Nabil:

SUMBER: THE ROHANI