Selain jerawat batu atau jerawat pasir, masalah kulit yang sinonim dengan wajah adalah blackhead dan juga whitehead. Kehadiran salah satu masalah ini sedikit sebanyak akan mencacatkan kecantikan dan keserian wajah seseorang.

Dalam pada itu pelbagai cara tradisional atau model digunakan untuk melenyapkan masalah ini dari membelengu fikiran. Kadang-kadang ada yang sampai luka kulit di wajah akibat dipicit berkali-kali.

Kali ini admin nak kongsi petua mudah untuk menghilangkan blackhead dan whitehead ini. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya juga boleh didapati. siapa tahu ubat gigi juga diakatakan cara paling mujarab untuk menghilangkannya.

1. PUTIH TELUR

Cara ini memang biasa digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya dengan mengambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan pelan-pelan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Kesannya anda akan lihat blackhead atau whitehead akan terlekat pada tisu berkenaan.

2. KENTANG

Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu...

3. LEMON DAN GULA

Letakkan beberapa titisan perahan lemon pada sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ia mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan glowing.

4. YOGURT

Ambil dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam.

5. UBAT GIGI

Ambil secalit ubat gigidan kemudian sapu kan ubat gigi tersebut pada kawasan yang berbintik hitam. Kemudian apabila sudah kering bilas dengan air sehingga bersih. kalau nak tahu ini adalah kaedah paling cepat dan mujarab mengatasi masalah ini.

6. WAPKAN WAJAH

Mewapkan permukaan muka adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ia mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Ianya boleh dilakukan dua kali seminggu.