Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Abdul Rahim Nor berkongsi maklumat dengan lebih terperinci mengenai cacing sesat yang kebiasaannya hidup dan membesar pada kucing dan anjing.

Menerusi perkongsian di Faceboknya, beliau pernah menerima seorang pesakit yang terkejut apabila melihat kulit badannya seperti ada ‘peta jalan bengkang bengkok’.

Jelasnya, tanda berkenaan selalunya ada di badan, kaki, tangan atau punggung dan ianya dikenali sebagai Cutaneous Larva Migran atau lebih mudah cacing sesat.

Katanya, cacing tersebut hidup dan membesar hanya di kucing dan anjing. Ia terjadi apabila haiwan berkenaan membuang air besar bersama telur cacing ini yang menetas menjadi larva filariform yang hidup dalam tanah, lumpur, pasir dan tempat kotor.

“Kalau kita bekerja atau anak bermain di kawasan yang ada najis ini, jaga-jaga, kita boleh tertelan telurnya atau larva ini boleh menembus masuk ke dalam kulit manusia.

“Pada awalnya kulit anda mula membentuk biji kemerahan yang sangat gatal. Larva cacing ini hanya boleh bergerak melalui terowong yang dibentuknya di permukaan kulit kita, ia tidak boleh masuk ke dalam badan anda.

“Dari bentuk biji merah, lepas itu memanjang dan menjalar menjadi bengkang bengkok macam ular,” tulisnya.

Dr. Abdul Rahim berkata, individu yang mempunyai tanda berkenaan perlu mendapatkan rawatan doktor dan makan ubat cacing selama dua hingga tiga hari.

Apa CUTANEOUS LARVA MIGRAN atau CACING SESAT!

Cacing ini hidup dan membesar hanya pada kucing dan anjing sahaja. Apabila kedua-dua haiwan ini mengeluarkan najis, telur cacing menetas jadi larva filariform yang hidup di dalam tanah, lumpur, pasir dan tempat kotor. Sekiranya anak anda bekerja atau anak bermain di kawasan ni yang ada najis harus berjaga-jaga kemungkinan anda  juga terdedah dengan telurnya atau larva ni boleh menebus masuk kedalam kulit anda.

Pada awalnya kulit anda bentuk biji kemerahan yang sangat gatal. Larva cacing ni hanya boleh bergerak melalui terowongan yang dibentuknya di pemukaan kulit anda. Ia tidak boleh masuk ke dalam badan anda. Daripada bentuk biji merah akan terus memanjang sehingga sampai menjalar jadi bengkang-bengkok macam ular seperti membina jalan di dalam badan dan boleh kelihatan melalui mata kasar.

Info Tambahan

1. Cacing ini akan bergerak sepanjang 2 hingga 3 mm sehari. Sekiranya tidak dirawat kemungkinan peta dunia terbentuk di badan.

2.Tapi ingat di dalam tubuh manusia larva tak dapat kembang jadi cacing dewasa.

3. Kalau tak ubati kulit anda gatal, anda garu, kulit jadi inflamasi dan terinfeksi benanah!

Rawatan:

1. Dapatkan rawatan segera dan makan ubat cacing.

2. Makan antibiotik sekiranya terdapat infeksi dan sapukan krim cegah kegatalan.

Cara Mencegah:

1. Sekiranya anda penggemar kucing berhati-hati dan pastikan kawasan rumah anda bersih.

2 Pakai kasut dan glove bila kerja ditempat tanah kotor. Pastikan anak kita besepatu masa di luar rumah. Bersih tangan sebelum makan.

3.Makan ubat Cacing untuk anda dan kucing. Jaga kebersihan kucing anda.

SUMBER:  FACEBOOK Abdul Rahim Nor