Lambakan jenama hijab kini di pasaran yang boleh anda jadikan pilihan sebagai koleksi simpanan. Ada hijab yang berharga murah dan ada yang mahal, semuanya terpulang mengikut kemampuan diri.

Memang sayang kalau hijab yang kita beli dengan harga yang mahal tetapi kemudian mengabaikan penjagaannya.

Hijab anda adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian.Cara penjagaan yang teliti mampu untuk mengekalkan jangka hayat hijab anda.

Admin nak sarankan beberapa tip untuk mengekalkan hijab supaya terus nampak baru dan tahan lama pemakaiannya.

1. Cuci hijab anda dengan cucian tangan. Jika ingin menggunakan mesin pencuci, masukkan hijab anda ke dalam beg atau sarung bantal dahulu.

2. Cuci hijab yang berwarna gelap dahulu diikuti dengan hijab berwarna terang. Harus diingati untuk mencucinya secara berasingan.

3. Mencuci hijab adalah perkara paling mudah. Tidak perlu menggunakan air panas mahupun suam, hanya perlu menggunakan air sejuk.

4. Sabun pencuci hendaklah digunakan dalam kuantiti yang sedikit.

5. Elakkan menggunakan agen pemutih seperti Clorox dan sebagainya. Jika perlu,  gantilah Clorox tersebut dengan cuka putih. Hanya perlu tuang sedikit cuka ke dalam air cucian bagi menghilangkan kekuningan pada hijab anda.

6. Jemurkan hijab di luar, tetapi bukan di bawah mentari terik untuk mengelakkan warnanya pudar.

7. Bentangkan ataupun sangkutkan hijab anda di penyangkut baju hingga kering untuk mengekalkan bentuknya.