‘Blusher’ atau pemerah pipi merupakan antara item solekan yang wajib dipakai oleh wanita apabila keluar rumah. Tujuannya adalah untuk mencipta efek pipi yang lebih menyerlah serta memberi seri pada wajah agar tidak nampak terlalu pucat.

Terdapat pelbagai warna blusher di pasaran dan pastinya membuatkan anda keliru untuk memilih warna yang sesuai. Perlu anda ingat bahawa tidak semua warna sesuai dengan tona kulit anda. Kalau tersalah pilih, bimbang muka anda nampak macam opera cina atau badut pulak.

Sebaiknya, kenal pasti dahulu tona kulit anda sebelum memilih blusher yang sesuai.

 

Tona kulit cerah

Sekiranya anda memiliki kulit yang cerah (putih, kuning langsat), anda sesuai memakai blusher daripada warna-warna yang terang dan lembut seperti soft pink, peach dan light coral. Gunakan blusher secara nipis agar kelihatan lebih natural. Jika ingin efek yang sedikit dramatik, sapukan sedikit warna plum pada tulang pipi.

 

Tona kulit medium

Untuk gadis berkulit medium seperti sawo matang, warna aprikot, mauve (ungu muda) dan soft berry adalah warna yang sesuai untuk anda. Warna-warna ini akan memberikan sentuhan yang lebih cerah, lembut dan segar. Warna-warna coral, rose dan bronze juga sesuai untuk anda.

 

Tona kulit gelap

Bagi gadis yang mempunyai kulit yang gelap, anda sesuai memakai blusher rona merah, orange dan coklat. Blusher rona merah bata akan memberi kesan yang lebih berseri untuk kulit yang gelap. Warna bright tangerine, raisin, deep pink dan orange juga akan memberi efek yang lebih berseri.

Jadi, selepas ini pasti lagi tiada masalah untuk memilih 'blusher'. Semoga berjaya!

SUMBER: informasitips.com