MAKKAH – ARAB SAUDI. Kempen satu jam berinteraksi dengan al-Quran melalui program  World #Quranhour  adalah simbolik membina negara dan bangsa yang berbudi dan penyayang.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki semasa melancarkan secara rasmi kempen World #QuranHour di Arafah anjuran Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Pelancaran rasmi yang berlangsung di ibu pejabat Tabung Haji, Abraj Janadariyah, Makkah, turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, dan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Menurut Asyraf, seruan penganjuran dan penyertaan kempen World & Merdeka #Quranhour ini adalah untuk semua rakyat Malaysia dan juga disambut seluruh dunia.

“Majlis yang bakal berlangsung di Arafah pada 9 Zulhijah nanti,  lebih istimewa kerana bersamaan dengan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-60,” katanya.

Menurut Asyraf, satu jam bersama Al-Quran adalah sebagai langkah permulaan untuk umat Islam khususnya di Malaysia, memupuk minat berinteraksi dengan Al-Quran, sekaligus memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam memastikan sambutan ini  berjalan lancar, HIJABISTA turut menyahut saranan bagi melengkapi acara ini dengan kempen bacaan Surah Yasin yang juga akan diperdengarkan dalam majlis itu nanti.

Kali ini dibacakan oleh gadis hijabi yang dilabel New Ummah dalam membacakan beberapa potongan dari surah ini yang terpilih.

Seperti yang kita tahu Surah Yaasin mengandungi banyak fadilatnya.  Salah satu adalah daripada potongan ayat ke 29 yang di baca oleh Anis Nadhrah As Niza dengan bacaan tersendiri.

Maksud ayat ini:

Katakanlah: “(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semuanya mati”.

Kelebihan ayat 29 ini sebagai amalan untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda. Boleh diamalkan dengan bacaan ikhlas sepenuh hati. Insya-Allah

Wallahualam

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh Anis Nadhrah As Niza, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLIE