Setiap wanita kalau boleh memang nak nampak perfect luar dan dalam. Baik yang sebelum dan selepas berkahwin. Bukan sahaja penjagaan wajah yang perlu diambil kira, bentuk badan juga mahu kelihatan mantap dan langsing.

Walau bagaimanapun memang nampak hodoh kalau bentuk badan sudah cantik tetapi perut pula yang jadi masalah.

Bahagian perut ini yang paling menimbulkan masalah apabila kita mengalami masalah perut buncit. Ada macam-macam cara untuk memastikan perut leper seperti sebelumnya dan salah satu adalah dengan mengamalkan pengambilan air rebusan sirih.

Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun sirih dan kemudian rebus dengan dua gelas air. Rebus sehingga air menjadi 1 gelas sahaja. Setelah siap, pastikan ia suamm-suam sebelum diminum ketika masuk tidur.

Namun ada pantang larang meminumnya. Eloklah ketika diminum pastikan anda tidak ada melakukan apa-apa aktiviti keesokan harinya.

Ini kerana selepas meminumnya akan menyebabkan anda mengalami buang air besar dengan kerap.

Ia bukan cirit birit tetapi proses membuang lemak yang berlebihan dan toksin dalaman. Kelebihan yang lain adalah boleh mengetatkan rahim bagi yang sudah melahirkan cahaya mata.

Aturannya juga perlu diamalkan minum 1 minggu sekali dan hasilnya tiada lagi masalah perut buncit dan boroi bagi lelaki. Pasti anda akan mendapat bentuk badan langsing yang diidamkan jika amalkannya secara konsisten.

SUMBER: VIA PETUA IBU