Bukan satu atau dua majlis yang menyaksikan kemeriahan persandingan pasangan pengantin baru Ummi Nazeera dan Dr Izzar Anwari.

Tetapi ada beberapa lagi resepsi bagi meraikan pasangan yang selamat diijabkabulkan pada 23 Julai lalu. Ramai yang memuji kecantikan dan ketampanan penampilan kedua-duanya di majlis perkahwinan berkenaan. Memang sangat simple dan cukup perfect sekali majlis ini.

Betapa seronok melihat kebahagiaan pasangan ini yang seolah-olah kedua-duanya sedang dilamun cinta. Inilah dikatakan impaknya bercinta selepas nikah.

Kedua-dua pasangan ini juga dikatakan sedang dalam fasa berbulan madu dan boleh dilihat dalam laman IG Ummi Nazeera sendiri.

Dalam pada itu, admin sebenarnya mahu memuji sikap bertanggungjawab suami kesayangan Ummi Nazeera ini.

Dalam satu foto yang dimuat turun dalam instagram, Izzar nampaknya begitu prihatin dan menjaga aurat isterinya sebelum memuat naik gambar berkenaan.

 

Naik pelamin lagi pula di Sabah ni 😅😅😅 Pelamin kaum Bajau .... #Sabah #Malaysia #ummizzarTravel

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Suami Ummi telah menyunting tangan isterinya yang terdedah dengan warna hitam sehingga ke pergelangan tangan yang mendedahkan aurat ketika memandu.

Ternyata foto yang dikongsi telah mendapat perhatian netizen yang juga pengikut pelakon ini yang rata-rata tertarik dengan sikap prihatin ditunjukkan Izzar dalam bab menjaga aurat isterinya.

Malah mereka juga turut memuji pasangan ini yang kelihatannya begitu romantik dan membuatkan netizen cukup terhibur dengan kapsyen Izzar yang bersahaja.

Betapa Izzat sangat menyayangi isterinya itu kerana menurut doktor muda ini jiwanya diganggu gara-gara Ummi mahu memandu di sekitar kawasan kampungnya. Malah peringatan manis untuk membaca Bismillah dan memakai Seat Belt.

Semoga hubungan pasangan ini akan terus dibajai dengan bunga-bunga cinta dan rasa kasih sayang berpanjangan dan kekal hingga ke jannah. Lepas ni pasti ramai netizen tak sabar menanti kehadiran cahaya mata pasangan yang sama cantik sama padan ini pula.

SUMBER: VIA MEDIA HIBURAN

KREDIT FOTO: IG UMMI NAZEERA & IZZAR ANWARI