Bila melibatkan wang, ahli keluarga pun boleh bergaduh. Kata-kata manis yang diberikan apabila mahu meminjam wang kadangkala tidak boleh dipercayai. Ramai sahaja yang buat-buat lupa bila tiba bab membayar hutang.

Ini yang terjadi pada seorang gadis yang dikenali sebagai Rashidah Rashidi apabila rakannya yang pernah meminjam wangnya sebelum ini mahu meminjam lagi wang sebanyak RM2,000. Hijabista difahamkan yang hutang sebelum ini masih belum dilangsaikan lagi.

Kereta Volkswagen milik rakannya tiba-tiba ‘meragam’ dan dia terpaksa meminjam wang rakannya itu. Apa yang boleh kami katakan, RM2,000 itu bukan sedikit nilainya.

Berikut adalah perkongsiannya Rashidah di Facebook serta perbualan Whatsapp bersama rakannya.

1.    Jangan jadi hamba kereta

 

2.    Jangan ingat orang meniaga senang2 ada duit untuk dibagi pinjam. Kami kena jaga cashflow untuk pastikan bisnes kami bertahan.

 

3.    Jangan salah guna kebaikan orang.

 

4.    Lagi 1, dah tau banyak hutang, jangan “pergi shopping”, “makan mewah”, “pergi bercuti”, “berhipster sana sini”, ingat orang yg bagi hutang tu tak tahu ke? Pastu ang pergi upload kat fesbuk, insta bagai. Macamane org yg bagi hutang x marah. Brr.

5.    Okay. Takdemood. Bye.

 

Hukum Tidak Membayar Hutang

Orang yang tidak membayar hutang hukumnya adalah berdosa. Hutang adalah akad dan janji yang harus dipenuhi manakala pelanggaran akad dan janji adalah berdosa. Wajib hukumnya untuk menunaikan pembayaran hutang.

Dalam hadis, disampaikan tentang masalah hutang, “Nabi Muhammad s.a.w membeli makanan dari seorang Yahudi dengan tidak tunai, kemudian baginda menggadaikan baju besinya.” (HR Al-Bukhari). Hal ini membuktikan bahawa ketika Rasulullah pernah berhutang, maka ia menggadaikan baju besinya sebagai bentuk jaminan dan proses pembayarannya.

Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, makan dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah)

Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim)

SUMBER: FB RASHIDAH RASHIDI & dalamislam.com