Sosej memang sedap dimakan dan mudah disediakan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Malah, ada juga yang menjadikan sosej sebagai makanan harian.

Disukai oleh pelbagai lapisan umur, sosej sebenarnya boleh mengundang risiko untuk terkena kanser sekiranya diambil dengan kerap. Mengapa sosej berbahaya untuk kesihatan?

 

1.    Mengandungi garam berlebihan

Menurut DrZubaidi Hj Ahmad, sosej mengandungi nitrite, heterocyclic amines (HCAs), kandungan garam yang tinggi, gula, kandungan MSG yang tinggi, pewarna, pengawet dan lain-lain lagi.

Kajian saintifik menyatakan bahan-bahan yang ada di dalam sosej boleh meningkatkan risiko kanser pankreas dan usus serta meningkatkan risiko sakit jantung.

 

2.    Beri kesan pada ibu hamil dan bayi

Jika dimakan secara berlebihan, ia akan memudaratkan bayi dalam rahim. Sosej berbahaya kerana ia merupakan makanan proses yang kaya dengan asid lemak omega 6. Asid ini tidak baik untuk badan kerana ia akan menjadi punca inflamasi dan penghasilan kolesterol dalam salur darah.

 

3.    Semua makanan segera tidak sihat

Makanan segera biasanya tidak berkhasiat dan mengandungi bahan kimia yang tidak baik. Jika anda berasa lapar dan memerlukan makanan segera, lebih elok anda makan telur yang penuh dengan khasiat dan vitamin. Telur mengandungi omega 3 yang berupaya memulihkan sel dan lebih murah berbanding sosej.

 

SUMBER: theasianparent.com