Sukan SEA 2017 bakal melabuhkan tirainya pada hari ini. Sukan SEA merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara dan Malaysia telah diangkat sebagai tuan rumah pada temasya sukan kali ini.

Bermula secara rasmi pada 19 Ogos yang lalu, Malaysia berjaya meraih 317 pingat (setakat artikel ini ditulis) di mana terdiri daripada 142 pingat emas, 91 pingat perak dan 84 pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua atlet-atlet negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Pelbagai kontroversi yang berlaku sepanjang Sukan SEA 2017 berlangsung. Namun, Sukan SEA kali ini ada juga penyerinya. Tanpa mereka, mungkin Sukan SEA kali ini tampak hambar. Siapa mereka?

 

1.    An Najwa Azizan

Namanya mula disebut-sebut selepas pasukan bola jaring Malaysia berjaya meraih pingat emas. Najwa menjadi nadi utama skuad bola jaring negara apabila menjadi penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir tersebut. Kehebatan serta aksi tangkas setiap kali bola sampai ke tangannya memang tidak dapat disangkal lagi.

 

2.    Quzandria Nur Muhamad Fathil

Tahniah diucapkan kepada atlet ekustrian negara, Quzandria Nur yang berjaya meraih pingat eas dalam acara dressage individu. Memang cekal dan bersemangat wanita ini kerana dia sebenarnya sedang hamil 5 bulan dan dalam masa yang sama memberi komitmen yang tinggi kepada negara. Katanya, kejayaan ini dianggap rezeki anak yang bakal lahir.

 

3.    Khairul Hafiz jantan

Raja pecut negara ini muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas dalam acara 100m. Dia muncul juara selepas melintas garisan penamat dalam masa 10.38 saat. Satu insiden mencuit hati berlaku apabila jurugambar berkejar-kejar untuk merakam momen Hafiz bersama bendera Malaysia. Video yang dikongsi di laman sosial menjadi viral untuk beberapa hari.

 

4.    Welson Sim

Perenang Malaysia ini berjaya meraih emas sulung negara dalam acara renang gaya bebas lelaki 400m pada Sukan SEA ke-29 ini. Welson berjaya memecahkan rekod Sukan SEA iaitu dengan catatan baharu 3:50.26s untuk meraih emas dalam acara gaya bebas 400m. Welson merupakan perenang negara pertama dalam sejarah yang layak ke sukan Olimpik.

 

5.    Khairy Jamaluddin (KJ)

Siapa yang tidak kenal dengan Menteri Belia dan Sukan ini. Beliau turut membarisi pasukan polo negara dan berjaya meraih kemenangan ke atas Brunei, 12 – 4. Menggelar dirinya sebagai ‘Abah’, segala tweet KJ memang kelakar dan berjaya mencuri perhatian netizen. KJ, the most handsome, tall and dark man!

 

6.    Putera Abdul Mateen

Kehadiran putera kacak dari Brunei dalam acara polo berkuda ini berjaya menarik perhatian netizen. Malah, netizen dilihat begitu teruja dengan kehadiran putera kacak ini. Baru-baru ini, salah seorang netizen dilihat terlalu teruja bertemu dengan putera ini sehingga memuat naik caption yang agak lucah dibaca. Ramai netizen mengecam gadis tersebut apabila dia mengatakan ovarinya akan ‘meletup’ kerana terpesona dengan kekacakan Putera Mateen. Macam-macam hal lah! :D

 

7.    Farah Ann

Sebut sahaja namanya, pasti semua kenal dengan atlet gimnastik negara yang berbakat besar ini. Farah Ann berjaya meraih pingat emas menerusi acara Gimnastik Artistik Berpasukan Wanita. Beauty with talent! Di sebalik kejayaannya, Farah juga menjadi mangsa siber apabila akaun Instagramnya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bersabar jela ya Farah...

 

8.    Azizulhasni Awang

Thepocketrocketman ini berjaya meraih emas ketika menjuarai acara 200 meter pecut untuk acara basikal. Azizulhasni juga beraksi dalam kecederaan apabila dia terjatuh dalam aksi di separuh akhir. Emas yang dimiliki Azizulhasni merupakan emas ke-111 untuk Malaysia sekali gus menjadikan Malaysia mencapai target emas mereka.

 

9.    N. Thanabalan

Namanya mula dikenali selepas berjaya menjaringkan gol bagi acara bola sepak Kumpulan A Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Setiap aksinya di atas padang berjaya menarik perhatian netizen. Nama Thanabalan kini disebut di mana-mana sahaja.

 

10.    Rimau

Kemunculan maskot Sukan SEA ke-29 iaitu si ‘Rimau’ turut mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya memberi respons yang positif terhadapa maskot temasya sukan kali ini. Rimau dilihat sebagai maskot yang lucu, nakal dan suka mengusik. Malah, KJ sendiri turut berkongsi gambar Rimau di akaun Twitternya. Rimau memang win!

SUMBER: mynewshub