Setiap kali melihat personaliti ini memberikan ceramah, memang asyik dibuatnya. Ada-ada saja bahan lawak diselitkan dalam setiap ceramah yang disampaikan secara santai.

Itulah kelebihan Ustaz Don Daniyal Don Bijayid yang mendapat pendidikan di Universiti Kaherah, Mesir dalam menyampaikan ilmu kepada masayarakat.

Umum mengetahui, kesibukan Ustaz Don Daniyal yang sering ke sana ke mari memenuhi undangan ceramah, selain tugasnya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan juga pengacara televisyen.

Dalam pada itu, bagaimana agaknya Ustaz membahagikan masa bersama keluarga. Beliau yang kini dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan, Don Mustofa dan Don Ibrohim dengan Dr Husna Mohd Zahry.

Pernah bercerita dalam majalah Mingguan Wanita, beliau mendidik anak-anaknya, dengan menerapkan amalan bersolat bersama-sama.

Selain itu beliau juga sering memperdengarkan Qasidah pada mereka kerana dengan cara ini dapat mengenal huruf. Satu lagi beliau megitu menerapkan amalkan kebersihan.

“Saya mengelakkan daripada menggunakan tisu basah setiap kali ingin membersihkan kotoran pada anak-anak. Bagi saya, lebih afdal menggunakan air kerana lebih terjamin kebersihannya. Apabila kita menjaga kebersihan nescaya terhindarlah kita daripada gangguan syaitan,” kongsi Ustaz Don.

Memang sedikit cemburu melihat kebahagiaan Ustaz Don dan isteri. Kehidupan suami isteri ini bagaikan tidak pernah ada pasang surutnya.

Namun begitu, bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan kerana ada rahsia tertentu yang diamalkan pasangan ini untuk kekal bahagia.

Dalam Serasi Challenge bersama majalah Kekeluargaan dengan tageline Aspirasi Rumah Tangga, Ustaz  Don dan isteri Doktor Husna berkongsi tip kebahagiaan yang sangat sweet dan boleh dijadikan panduan pasangan muda lain.

Soalan 1

Siapa bangun paling awal

Mengikut Ustaz Don, beliau memang akan bangun. Tetapi kalau mengikut kerja isterinya kerana beliau adalah seorang Doktor memang kena bangun awal.

Soalan 2

Siapa paling hebat iron baju

Ustaz Don memberitahu beliau paling hebat melakukan kerja iron baju. Pendapat ini turut disokong oleh isterinya. Untunglah Doktor Husna tak payah susah-susah iron baju untuk Ustaz Don.

Soalan 3

Ustaz boleh masak

Menjawab soalan ini keduanya juga sepakat memberitahu bahawa Ustaz Don paling pandai memasak. Tidak semua menu tetapi paling menjadi kegemaran adalah Mee Goreng Mamak.

Soalan 4

Siapa yang selalu call bila berjauhan

Dalam challenge ini, Ustaz Don dengan jujur memberitahu bahawa dirinya tiada telefon. Dan sudah semestinya Doktor Husna yang akan menghubunginya. Doktor Husna juga turut mengakui Ustaz memang tidak ada telefon. Beliau juga memberitahu selalunya melihat jadual kerja masing-masing dan kebiasaannya hanya berhubung melalui mesej.

Soalan 5

Siapa suka buat surprise

Untuk soalan yang kelima ini nampaknya ada percanggahan. Kedua-duanya memberi jawapan berlainan. Jika Ustaz Don memberitahu kedua-duanya suka melakukan suprise, tetapi jawapan diberi Doktor Husna pula adalah Ustaz Don.

Kesimpulannya walau apa juga serasi challenge, kedua-duanya begitu mengenali satu sama lain. Saling memahami apa yang ada dan tiada pada pasangan. Inilah kunci kebahagiaan pasangan ini dan pasangan lain juga boleh jadikan panduan.

Tidak kiralah berapa lama sudah kita berumah tangga, apa yang penting kena ambil tahu perihal pasangan.

Untuk mengetahui banyak lagi kisah menarik Ustaz Don, jangan lupa dapatkan majalah KELUARGA isu September – Oktober di Pasaran Mulai September depan. Cukup berbaloi dengan harga hanya RM7.50 senaskhah.

SUMBER: KELUARGA