Menunaikan Ibadah haji adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan wajib daripada Rukun Islam. Semua daripada kita memang memasang impian untuk ke sana melihat dan merasai sendiri pengalaman menunaikan haji bersama jemaah dari seluruh dunia.

Jika seseorang itu berkemampuan dan sihat mental dan fizikal, sangat digalakkan untuk menunaikan rukun yang satu ini.

Kebiasaannya kita lihat hanya golongan tua yang mengerjakan ibadah haji kerana panggilan dari Tabung Haji dan sudah cukup daripada segi kewangan.

Tetapi kebelakangan ini seolah-olah sudah menjadi trend orang muda pula yang pergi menunaikan ibadah yang satu ini.

Golongan selebriti juga tidak ketinggalan untuk menunaikan ibadah haji dan antara yang ke tanah suci tahun ini adalah penyanyi Nasser Wahab, Fauziah Latiff, Azrinaz Mazhar Hakim, Datuk Hattan, Datuk Nash dan juga beberapa selebriti lain.

Sebelum ini beberapa artis muda lain yang telah menunaikan haji antaranya Nabil, Neelofa, Datuk Siti, Mizz Nina & Noh Hujan, Hafiz Hamidun dan juga pelakon Ady Putra.

Malah penyanyi Deja Moss juga antara selebriti terawal yang menunaikan ibadah haji pada tahun 2012.

Begitu juga barisan selebriti luar antaranya, Rossa, Kris Dayanti, Oki Setiana Dewi dan juga Maher Zain yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pada usia masih muda.

Dalam usia 30 an dengan fizikal masih kuat, masing-masing diberi keizinan oleh Allah untuk menunaikan ibadah haji bersama lautan manusia di tanah suci Kota Mekah.

Jika diintai dari laman IG masing-masing memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluang menjadi tetamu Allah tahun ini.

Semoga jemaah haji tahun ini dapat pulang dengan selamatnya ke tanah air dan mendapat haji mabrur di sana.

UPDATE DARI IG SELEBRITI

'Terima kasih atas doa' - Fauziah Latiff

'1 hari sebelum Wukuf, suasana lengang di Kota Mekah' - Azrinaz

 

1 hari lagi Wukuf. Suasana lengang di sekitar kota Mekkah. Pertama kali saya lihat jalan utama depan Masjidil Haram kesunyian. Kebanyakkan Jemaah Haji sudah mula meninggalkan Mekkah menuju ke Arafah. Saya akan mulakan perjalanan esok selepas subuh InsyaAllah. #letsgrabthischancetodomoresunattawaf • 🕋 For those who are not able to do Hajj this year, reflect on the beautiful words of Imām Rajab al-Hanbali رحمه الله who said: "Whoever is not able to stop at Arafah, then stop at the limits Allah has set. Whoever is not able to spend the night at muzdalifah, let him spend the night in obedience to Allah to come close and attain nearest to Him. Whoever is not able to slaughter at Mina, then let him slaughter his desires so by it he can reach his objective. Whoever was not able to reach the house because it is far, then proceed towards the Lord of the Ka'bah, for He is closer to him than his jugular vein." [Lataa'if al-Ma'aarij] #hajj #haji #hajj2017 #hajj1438 #mecca #mekkah #mekahalmukarramah #masjidilharam

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

'Saat melempar 3 jumroh' - Oki Setiana Dewi

 

PELEMPARAN JUMROH ULA, WUSTHO, AQOBAH DI HARI TASYRIK & MABIT DI MINA Mabit / bermalam di Mina pada malam-malam Tasyriq. Jama’ah haji datang ke Mina setelah selesai melaksanakan wukuf di Arafah yaitu pagi tanggal 10 sampai dengan tanggal 12 atau 13 Dzulhijah dan wajib untuk bermalam dan melempar jumroh. Selama 2 atau 3 hari dari keberadaan di Mina,jemaah haji melempar pada 3 jumrah yang ada; Ula (Sughra) Wustha, dan Aqabah (Kubra). Pelemparan jumrah pada hari-hari itu dimulai setelah tergelincirnya matahari (setelah masuk waktu Dzuhur), hingga waktu malam. Bila ingin mabit 2 malam saja di Mina (tanggal 11 dan 12 Dzul Hijjah), maka keluardari Mina sebelum terbenamnya matahari tanggal 12 Dzul Hijjah, tentunya setelah melempar 3 jumrah yang ada (nafar awwal). Namun jika matahari telah terbenam dan masih berada di Mina, maka wajib untuk bermalam lagi dan melempar 3 jumrah di hari ke-13-nya (yang afdhal adalah mabit 3 malam di Mina/nafar tsani). Dengan selesainya dari kegiatan melempar 3 jumrah pada hari-hari tersebut (baik mengambil nafar awwal atau pun nafar tsani), berarti telah selesai pula dari kewajiban mabit di Mina. Sehingga diperbolehkan bagi untuk meninggalkan kota Mina dan kembali ke hotel atau maktab masing-masing yang ada di kota Makkah. #laporanhaji #laporanhaji2017 #haji2017 #hajj2017 @alwahadgotravel

A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARTIS