Perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa dalam satu ikatan yang sah. Setiap daripada kita pasti mahu momen indah itu dikenang hingga akhir hayat.

Tidak kiralah bagaimana cara untuk merai pengantin baru, apa yang penting perkhabaran itu perlu di kongsi bersama orang sekeliling.

Baru-baru ini tural di mana ramai pasangan yang menjadi penipuan sebuah syarikat wedding planner. Servis yang diberikan tidak seindah rupa dan apa yang terjadi sangat mendukacitakan.

Admin teringat ketika majlis perkahwinan dulu juga sangat sederhana. Tidak ada katering, sebaliknya menjamu tetamu dengan hidangan yang dimasak secara gotong rotong. Terasa lebih meriah.

Begitu juga pesanan dari wanita ini yang baru setahun bergelar Puan. Menggelar dirinya Puteri Nurfarahain, dia memberi tip kepada hijabi di luar sana yang mahu berjimat mengadakan majlis kahwin. Nasihatnya memang deep tapi ada benarnya.

Status yang dimuat turun di laman sosial facebook ini telah dikongsi oleh 3,842 netizen yang mana rata-rata telah tag pasangan masing-masing. Apa yang penting menurutnya, buat majlis ikut kemampuan bukan trend.

Terutama bagi pasangan yang berhajat untuk berkahwin muda kerana dewasa ini ia sudah menjadi trend mendirikan rumah tangga sebaik habis belajar. Nawaitu memang elok bagi mengelak perkara tidak elok terjadi.

TIPS JIMAT KAHWIN.

- plan well, survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes.

- buat ikut kemampuan, kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan, xkan anak da masuk tadika, hutang x habis lagi. choose wisely. say NO to loan.

- baju nikah beli kain and tempah je kat makcik murah2 asalkan cantik, atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. lepas nie blh buat sewa untuk next bride pulak.

- hantaran dulang, for me tak perlu kot sbb time tunang mestilah da berdulang-dulang, lepas kahwin belilah ape nak beli bagi hadiah kat suami isteri hihi.

- pelamin amek yang simple and nice, kalau ada promotion lagi bagus. untuk tangkap2 gambar.

- photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari2 pon, last2 berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !

- duduk dan bincang elok2 dgn family, nak buat yang wajib sahaja.supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula2 mungkin tak faham, jika tak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mudah dan x membebankan, my parent just nikah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah..

- jangan gunakan duit hantaran untuk majlis, please simpan duit, if korang suruh lelaki saving RM10k utk hantaran, korang patut simpan RM10k juga untuk kenduri belah korang, supaya xkering selepas kahwin, duit hantaran gunakan sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.

- Jangan terlalu ikut trend dan feeling macam artis, hello back to reality xde orang nak sponsor kau pon hahaha. yang mak2 jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jgn gunakan alasan sekali seumur hidup.

- duit hantaran bukan hak milik keluarga, duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin sentap duit takde.

- mak-mak jangan tekan2 anak sangat, kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, nie paksa anak mengalahkan anak kerja CEO. Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. asalkan dah halal

A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE

share and like jika setuju

ikhlas dari akak yang baru jadi PUAN.